Wednesday, February 10, 2010
Thursday, January 28, 2010
hari ni...
Hurm... Rasenye, aku xkan lupakan hari ni. Hari ni 2 kali aku nangis. Nape?? Why?? Por que??
Ok lah. Aku citerkan kat sini. Hari ni sebenarnye due date untuk hntr assignment Distributed System. Kitorang punyerlah tension... Nak siapkan assignment yang pangkat phd tu... Adoiyai!!! Nilah akibatnya kalu keje slalu duk tangguh... Buat last minute... Wahahaha!!! Kelas hari ni pun start kol 8 pagi... Tapi tido malamnye, kol 4 pagi kot!!! Adeis... Gi kelas pun dah lambat... Pulak tu ada kuiz... Adeis... Sampai xsempat siap pun kuiz, sebab lambat datang kelas... Abih je kuliah Discrete Structure tu, kitorang gerak laa ke FSK2, lab Network Technologies... Kuiz lagi. Tak study pape. [Tapi korang paham2 je laa ek dak2 network. Nak jawab kuiz online tu, kite kan ada *jeng3x*] hikhikhik... Pahtu, lepas lab, nasib baik laa ada gap 1jam... boleh laa nak print2 ASSignment tu... Ejas punye ejas document tu sbg last minute preparation, bile nak print je, alahai... printer lak problem... lekat paper laa... ink tak jalan laa... adeis... dah la kol 11 tu ada kelas lagi. Nasib baik gak tepat kol 11, printer tu tak wat hal... huhu... Alhamdulillah... So, pahtu, aku ngan Fifa gerak ar ke kelas... nun jauh di blok Z nun! perghh... jalan punyer laju... nasib baik ada Farah untuk cup kan tempat untuk kitorang... Thanks Farah!
Then, balik je kelas kol 1 tu, terus kitorang gerak ke Ina Shoppe untuk binding assignment. Sementara tunggu siap tu, kitorang gi la beli makanan... Buat tu buat ni, balik bilik makan, solat, hntr softcopy assignment kat Ein, kol 2.15 gerak ke lab Distributed Systems yang start kol 2 tu... haha... 15 minit lewat + 5 minit jalan kaki = LEWAT KE LAB! Then, bagi assignment kat Ein. So settle 1 problem.
As usual, lab Distributed nyer labsheet, kol 5 kene hantar. HARDCOPY. Pergh... giler ar... nak kene kuar lab kol 4, tapi labsheet xsiap agi. so, kene rush balik bilik, ejas pape yang patut, print. Yang menambahkan keTENSIONan aku ni... bukak laptop, laptop xdetect pendrive. Giler panazzz...!!! so, Fifa yang baik hati tu, offer laa aku guna laptop dia... memandangkan nak ejas labsheet tu dah memakan mase hampir sejam, aku pun ape agi?? gelabah ar beb... so, bile nak print tu, adoiyai... printer lak wat hal lagi... huu... dah ar aku nyer laptop USB tak detect... time2 gini lak wat hal... huu... nasib2... disebabkan ketensionan yang dah agak melampau tu, ngan pressure persekitaran aku, aku mula sebak. mata pun dah ala-ala berair. sedar tak sedar, dah meleleh-leleh dah air mata. tension nyer pasal. patutlah mata kiri aku gedik2 hari ni, nak nangis rupenye. aku pun mintaklah supaya Allah permudahkan segala urusan aku hari ni. So, last2, printer pun ok. dah siap print tu, kol 5 lebih kitorang gerak ke fakulti untuk hantar labSHIT tu. so, settle lah problem yang bertubi-tubi menimpa aku hari ni. bukan aku je, Fifa pun terJOIN skali.
Then, kitorang gerak ke Kompleks Sukan UMP untuk tunaikan tanggungjawab kami sebagai pengundi. So, lepas ngundi tu, ingat nak tunggu sampai keputusan diumumkan. Jadi, kitorang lepak laa kat library. Dalam kol 6.27, kitorang gi lah balik ke kompleks sukan untuk mengetahui siapakah yang bakal menerajui MPP UMP pada kali ni.
Masuk2 je dalam kompleks sukan tu, perghh... aku lak yang rase berdebar. ye lah. dah jadi jentera kepada seorang calon umum MPP, macam mane lah tak berdebar kan??
so, lepas aku ngan fifa duduk, tetibe lak mata sebelah kiri aku ni gedik2 skali agi. mungkin nak nangis agi kot. so, get ready je laa...
aku sendiri tak ingat macam mane suasane kat kompleks sukan tu tadi. Alhamdulillah, 5 daripada 7 calon umum yang aku undi memperolehi antara undian tertinggi sehingga melayakkan mereka sebagai antara 7 barisan mpp0910. so, satu nasihat aku kat seorang kawan aku yang tak berjaya dalam undian kali ni, jangan putus asa. kuatkan semangat. setiap yang berjaya itu adalah mereka yang bangkit dari kekalahan. kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segalanya. Apapun, aku akan terus sokong ko.
Tahniah buat Nad, Yien, dan sume barisan mpp yang lain. Aku harap korang dapat jalankan tugas korang ngan baik. Dari pelajar untuk pelajar.
aku tak tau macam mane nak gambarkan perasaan aku time tu. mungkin gembira bercampur sedih. Gembira kerana kawan2 aku berjaya dalam undi kali ni, namun sedih gak untuk kawan aku yang sorang ni. at least, takde lah dapat tempat last kan?? ok ar tu... huhu...
waktu aku jumpa kawan aku yang sorang ni pun, aku cuba cover perasaan sedih aku. tapi mata aku dah mula berair. aku cuba tahan, cuba tabahkan hati. tapi berderai jugak akhirnya... kat belakang je la... xde orang nampak pun... hehehe... Fifa sorang je nampak... tapi aku dah cite kat korang ni, so kire korang dah tau ar ek aku dah nangis 2 kali hari ni.
Apapun, hari ni merupakan hari tension aku. hari di mana aku kenali hati aku sendiri yang aku rase ikhlas untuk seorang kawan aku, sebab aku sendiri tak pasti kenapa aku sebak dan akhirnya menangis. walhal, ini hanyalah undian yang boleh dianggap kecil bagi sesetengah pihak. mungkin kerana tempoh 4-5 hari yang aku spent dengan para jentera kawan aku ni, sama-sama membincangkan strategi, sama-sama menyokong manifesto beliau, sama-sama menggantung poster, dan sama-sama memberi semangat kepada beliau di saat beliau dijatuhkan oleh pihak yang berTANGGUNGJAWAB.
Apapun, untuk barisan mpp, especially kawan2 aku (korg tau sape korg), jalankan tugas anda sebagai PEMIMPIN yang berwibawa. Kotakan janji-janji anda. Kotakan harapan-harapan kami. Walaupun ada anasir2 luar yang mengancam, tabahkah hati, kuatkan semangat, kekal bersatu padu kerana genggam bara api biar sampai jadi arang. huh? betul ke??
Tuesday, January 26, 2010
Min Gaji Tahunan $69,570???
Di sini ada petikan yang diambil dari artikel http://hotjobs.yahoo.com/career-articles-money_in_the_bank_5_careers_for_60k_salaries-1027.
Network and Computer Systems Administrators
Network and computer systems administrators can be found in offices, small businesses, and government organizations -- really, anywhere where a computer system is vital to business operations. In today's society, this is just about everywhere, perhaps explaining why this career is expected to see much faster than average growth over the next seven years. Network and computer systems administrators are responsible for designing, installing, and maintaining an organization's computer systems. They usually need a bachelor's degree in an area like computer science or information systems. Without a degree, prior experience in the field is considered essential.
Mean annual salary: $69,570
wahh... nice2... very nice one right??
Saturday, January 23, 2010
#100
Alhamdulillah aku masih lagi bernafas di saat aku menaip entri ni. Bila bercakap pasal kehidupan/kematian ni, aku sentiasa mendoakan keselamatan mama dan abah yang aku sayangi, juga orang-orang yang aku sayang yang amat bermakna dalam hidup aku. Juga, aku mendoakan kedamaian mereka yang telah kembali ke rahmatullah.
Hurm... to tell you the truth... tears are falling down my cheeks by the time I'm typing this. I'm currently listening to Keripatih's Mengenangmu, and at the same time I ACCIDENTALLY opened my late beloved Moksu's facebook. It hurts so badly inside my heart, where I can no longer smile perfectly to those around me, at this time.
I think I'll stop for now, and be sure to come visit this page again when you got the time. I'll make sure I'll update some of the things that happen in my life.
Bila ku ingat tentang dirimu
Mungkin hanya kau yang tahu
Mengapa sampai saat ini ku masih sendiri
Adakah disana kau rindu padaku
Meski kita kini ada di dunia berbeda
Bila masih mungkin waktu berputar
Kan kutunggu dirimu…
Reff:
Biarlah ku simpan sampai nanti aku kan ada di sana
Tenanglah dirimu dalam kedamaian
Ingatlah cintaku kau tak terlihat lagi
Namun cintamu abadi…
Saturday, January 2, 2010
Magic.txt
Tadi dapat satu file yang dihantar melalui ooVoo, "magic.txt". So, aku pun download laa...
Bila dah bukak tu, inilah keadaan nya...

Pelik kan? Hanya ada nombor 6 dan 9 yang ditaip berulang-ulang. Pebende nih? So, aku pun check lah balik, siape sender nya... bila dah check tu, takde plak dipaparkan siapa sender untuk setiap fail yang dah di download.
Jadi, siapa sender nya? Harap sender nya dapat menghubungi saya ya!
Apa motif mende nih? Aku perhatikan betul2. Kot2 betul ada something yang dikatakan "MAGIC" tuh... Bila dah tgk betul2, rasa macam ada sesuatu. Tengok dari jauh, memang sah ada sesuatu. So, I decided to change that number 9 to number 1. Then, delete all those space that appeared in between.
Sakit mata dowh... Tenung lama2...
So, ni lah hasilnya...

Nice kan? Mungkin tak nampak cun, sebab mungkin sender @ creator ada buat mistake kat mana2, ataupun aku sendiri yang tersilap taip ke... Entah. Aku sendiri pun tak pasti.
Apapun, terima kasih buat sender. Kalau dapat peluang aku nak cari tahu siapa anda sebenarnya wahai sender.
Tapi aku pasti yang berikut mengenai kamu, wahai sender...
...dan termia kasih untuk ucapan Selamat Tahun Baru 2010 tu. Insya-Allah SELAMAT semuanya...
Aminn...
Friday, January 1, 2010
KMKN
"Oh, how am I going to survive? Alone in an alienated place, far from home, far from family, and got no one I know lives nearby."
Apa aku nak buat ni? Patut terima tawaran Diploma Kejuruteraan Awam UiTM Jengka, atau Sains Fizikal Kolej MARA Kuala Nerang?
Itu dulu. I've made my decision, and I've already lived with that decision. Those memories I had there, along with my friends, I'm keeping it securely in my heart and mind.
Sesampai aku di KMKN, barulah aku tahu... Rupa-rupanya sebelum ni KMKN merupakan kolej untuk program asasi UUM. Dulu, hanya ada program matrikulasi untuk jurusan Akaun sahaja. Ya, aku adalah antara generasi pertama jurusan Sains KMKN, lebih tepat lagi, jurusan Sains Fizikal di KMKN, yang pada waktu itu hanya 700 lebih pelajar KMKN.
Satu bilik hanya menempatkan 2 orang pelajar di 3 blok perempuan, 3 orang di 1 blok perempuan, dan 4 orang di satu blok lelaki. Setiap Jumaat, gotong-royong setiap blok kediaman. Outing on weekends only, with shoes and not slippers. Riadah petang-petang... Like Mr Hanafi said, "Don't be MANDORM!". Definition: Man who lives in dorm... But still, I miss that environment.
Banyak yang aku baca mengenai komen-komen, pengalaman, first impressions, dan semuanyalah tentang matrikulasi yang diberi nama Kolej MARA Kuala Nerang ni. Ternyata, semua orang mempunyai pendapat sama.

Pada mulanya, memanglah perit untuk tinggal di KMKN. Kenapa? Mungkin kerana jauh dari bandar, or perhaps because we never heard of that place before. We're probably thinking that "There exist that kind of place?".
Tapi bila dah betul-betul menjalani kehidupan school-like di sana, with provided food everyday, keluar outing only on weekends, no Jeans allowed, blah blah blah... It's actually leaves a very deep mark inside everyone's heart and mind.
Banyak kenangan aku di sana. Kawan-kawan. Tenaga pengajar. Suasana.
Memang terkejut juga aku bila dapat tahu cara pembelajaran di matrikulasi lain. Memang berbeza dengan KMKN. Satu dewan kuliah hanya menempatkan sekitar 30 orang (rasanya), dan pada pendapat aku, membolehkan tenaga pengajar untuk lebih fokus terhadap setiap pelajar. Tenaga pengajar juga memang sungguh-sungguh mendidik pelajar, siap adakan kelas tambahan, kelas malam, even kelas-kelas untuk membantu pelajar yang lemah.
Yang bestnya mengenai KMKN:
1 - pakcik-pakcik teksi yang suka bercerita pasal Kuala Nerang.
2 - Cucur udang dengan kuah kacang yang best.
3 - Bazar Ramadhan yang bayak pilihan.
4 - ABC yang murah.
5 - Makanan di Dewan Selera setiap hari Jumaat. Special one!
6 - Juadah buka puasa dan sahur yang best!
7 - Friday Wisdom di surau setiap hari Jumaat (girls only).
8 - Sembahyang berjemaah di surau tiap-tiap malam.
9 - Jogging petang sekitar KMKN.
10 - Soccer table di PGA.
11 - Free printing service kat library.
12 - Senam riang yang best!
13 - TV di setiap aras di blok kediaman.
dan banyak lagilah yang best yang mungkin aku sendiri dah lupa.
Dah hampir setahun lebih aku tinggalkan KMKN. Ternyata aku merinduinya. Kawan-kawan ku juga.
Oh, how I miss those days...
HTML code for scrolling text "Sakura by レミオロメン"
Enjoy! Sakura by Remioromen...
Rewind 2009. Play 2010. Fast forward Usaha.
Current music: Remioromen - Shunkashuutou (Four Seasons)
Cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar, dah setahun sejak berakhirnya tahun 2008. Sekarang dah pun masuk tahun 2010, dengan azam lama yang dipertingkatkan dengan usaha yang baru, yang mungkin bakal mematangkan aku yang tak seberapa nak matang ni. Huhu...
Banyak benda yang berlaku dalam tahun 2009 ni. Tapi rasanya tak perlulah kita hidup dalam perkara lepas, yang penting, sentiasa melihat ke hadapan. Tak gitu?
Aku bercadang dalam tahun 2010 yang telah pun menampakkan dirinya ni, aku nak buat perkara-perkara berikut:
1 - nak pecut dalam pelajaran - aim jangka panjang: tersenarai dalam graduan Kelas Pertama, kerana aku mencontohi arwah moksu yang tersenarai dalam graduan Kelas Pertama, dan tidak perlu membayar yuran PTPTN.
2 - nak beli kamera digital - setakat ni masih membuat pertimbangan sama ada nak beli handphone berkamera ataupun digital kamera.
Tu saje kot setakat ni. Yang penting, dengan umur yang dah meningkat ni, aku kena berusaha untuk matangkan diri aku sendiri. Ramai yang menegur aku, yang aku ni sedang belajar di sekolah mana, tingkatan berapa... Huh... Aku sekarang dah masuk U laa... dah tahun 2 dah pun. Agaknya dengan rupa aku yang langsung tak matang ni kot yang buat diorang tanya macam tu. Atau mungkin sebab style aku? Style yang macam mana tu? Entah. Aku sendiri pun tak tahu macam mana nak describe. Terpulang pada yang melihat dan menilai diri aku ni.
Thursday, December 31, 2009
24 inch Apple iMac @ Makmal FSKKP

Perghh... Lab komputer FSKKP baru yang TERBAIK!!!
Hari ni lah first time kami section C21 dan C22 masuk ke makmal komputer yang baru siap dibina dan bakal diduduki oleh kami awal minggu depan.
Yang menariknya, blok M ni merupakan blok baru yang sememangnya dikhaskan untuk menempatkanl makmal komputer Fakulti Sistem Komputer dan Kejuruteraan Perisian.
Tapi, yang PALING menarik mengenai lab ini, kami bakal menggunakan komputer Apple iMac 24 -inch yang baru dan belum pernah digunakan dalam sejarah FSKKP dan UMP.
Apple iMac
Apple iMac Specifications
Sebelum ni, kami pelajar Sains Komputer hanya pernah menggunakan komputer Acer, kemudian bertukar kepada Dell. Namun, berpindah ke makmal di Blok M, kami akan menggunakan komputer Apple iMac.
Wah... Skrin 24-inchi yang sangat besar!!! Nak tgk skrin pun kene dongak...
Ni lah kali pertama juga, aku mengendalikan komputer Apple dan operating system Mac. Sebelum ni, kami pernah menggunakan Windows XP, Windows Vista, dan juga Linux. Jadi, dengan adanya Mac OS ni, kami tidak hanya menghadkan pengetahuan kami dalam Windows dan Linux.
Thursday, December 24, 2009
Aku tak matang??!
Namun, aku sedar akan hakikat tu. (ayat pasrah giler...)
Nak buat camne?? Dah sejak azali lagi...
Doushio?~ [Japanese translation for "What do I do now?"]
Aku dah tak tau nak buat apa. Aku cuba jadi matang, tapi... mungkin tak cukup pengalaman lagi kot...
Disebabkan kekurangan KEMATANGAN ni, aku tak dapat capai cita-cita aku; cita-cita aku untuk menjadi seorang ARKITEK. Tamat pengajian Kejuruteraan Awam kat Sekolah Menengah Teknik Terengganu dulu, aku dapat tawaran temuduga Diploma Senibina kat UTM KL. Ya, aku selangkah lebih dekat dengan cita-cita aku. Huhu. Aku pun dengan excited-nya pergilah temuduga tu. Sampai-sampai je kat UTM, aku dengan beberapa orang lagi calon lain masuklah ke dalam dewan. Dewan tu kecik je, tapi bagi aku teramatlah gerun... Ye lah, kat situ aku tak kenal siapa-siapa, cuma seorang je yang baru aku kenal kat luar dewan; Sabrina namanya. Mungkin sekarang Sabrina dah jadi student Architecture kat sana... Kat dalam dewan tu, kami disuruh menjawab ujian bertulis, dan disuruh melukis bilik tidur masing-masing dalam bentuk 3D. Ya, bagi aku agak senang. Pongpangtongtingtong! SIAP! Then, kami di-INTERVIEW seorang demi seorang dalam sebuah bilik yang hanya ada dua orang penemuduga. Ketar jugak lutut aku. Tak pernah-pernah aku pergi temuduga. Even, sampai sekarang pun, TEMUDUGA is my worst nightmare!!! Doushio?~
Masih jelas kat ingatan (cheh!) situasi TEMUDUGA itu.
Sambil membelek-belek transkrip dan contoh lukisan yang aku bawak dari rumah...
Penemuduga 1 : Awak dari Terengganu ea?
Aku : Aah.
Penemuduga 1 : Uih... dah 2 tahun kitorang tunggu calon dari Terengganu ni. Elok sangatlah tu.
Penemuduga 2 : Tambah pulak, awak ni perempuan. Dah lama sangat kitorang tunggu calon perempuan dari Terengganu.
Penemuduga 1 : Awak kenal tak siapa Raja Bahrin?
Aku : Kenal. Raja Bahrin-lah yang design Masjid Terapung kat Kuala Terengganu.
Adeis... Waktu tu memang aku gugup dan GAGAP giler2 ar. Aku nampak diorang nyer mata dah pandang aku slack giler... WTH kan? Diorang ternanti-nanti aku sambung jawapan aku tu. Aiseh... Satu diorang tanya, setengah aku jawab. Memandangkan aku tak berapa nak MEET diorang nyer EXPECTATION, diorang pun tanyalah soalan-soalan yang tak berkaitan. Diorang ni sebenarnya saje je nak test aku. Nak tengok sejauh mana aku boleh communicate ngan diorang. Ye lah, aku ni pesen pendiam... pemalu nak mampus... tersengih2... Nak buat camne?... dah sejak azali...
Penemuduga 1 : Orang kata keropok lekor kat Kuala Ibai lagi sedap daripada keropok lekor kat Losong. Camne tu?
Aku : Err...
Arghh!!! Waktu tu aku rasa cam nak je aku keluar dari bilik tu tanya mama yang tengah tunggu kat luar bilik, then masuk balik jawab soalan diorang. Manalah aku terpikir nak jawab apa. Bagi aku, keropok Kuala Ibai ke, keropok Losong ke... Keropok belaka-laka!
Diorang pun dah tak tahu nak buat apa... Diorang pun bercakaplah sesama diorang.
Penemuduga 1 : Aku tengok budak ni ada skill. Yang lain tu aku boleh ajar.
Penemuduga 2 : (Angguk-angguk sambil memandang aku)
Korang boleh bayang tak apa yang aku rasa waktu tu??
Lastly, penemuduga 1 tadi ni, bagi nasihat kat aku.
"Camni. Awak balik dulu, awak ambil Form 6, atau Matriks ke, then habis je, awak datang sini balik."
Hah?
"Cari pengalaman banyak-banyak. Lepas ni, saya nak awak pergi Galeri XXX (aku tak ingat galeri tu nama apa) kat blok sana, tanya orang kat dalam tu, pengalaman diorang."
Hah?
Aku pun dengan pasrah giler... faham maksud diorang... ucap terima kasih kat diorang... susun balik kertas-kertas aku masuk dalam fail... ucap terima kasih lagi... senyum... then keluar.
I, indeed, went to that gallery, when at first I was lost, but finally found it after I asked some person around there. I went there, but there seems to have put the sign "Authorised Personnel only. Dilarang masuk kecuali ada urusan." Dari luar pintu kaca tu, aku jenguk ke dalam. Banyak benda pelik yang aku tengok. Takdelah pelik pun, cuma design2 yang very architective yang tak mungkin aku dapat cipta.
I took his advice, and went to KMKN (Kolej MARA Kuala Nerang). Physics. Pada mulanya, aku tak dapat decide antara Diploma Kejuruteraan Awam UiTM Jengka dengan KMKN. Tapi demi mencapai cita-cita aku, aku pilih KMKN. Dengan semangat yang tak seberapa, dan memang waktu tu aku down giler2 sebab aku tau aku tak pass temuduga tu, tak yah tunggu jawapan pun aku dah tau. Tambahan pulak, tulah first time aku berjauhan dari family aku. Tak pernah duk hostel waktu sekolah menengah. Nak gi kem 2-3 hari pun aku tak leh terima, ni kan pulak nak duk luar dari negeri sendiri, setahun plak tu. Dalam masa aku tengah down kat KMKN tu, surat tawaran Diploma Senibina Kolej Shahputra (UTM twinning college) tiba kat rumah aku. Aku tak tau pun pasal surat tu. Mungkinlah family aku pun tak perasan, jadi bila aku bukak je surat tu, dah lepas pun tarikh daftar. Aku terkilanlah jugak. Tapi nak wat camne...
Then, semangat aku kembali lagi. Memandangkan peluang aku masih ada. Tapi semangat saje tak mencukupi. Result aku tak berapa nak ok. Habis matriks, aku buat kerja gila, apply untuk Degree Senibina, di universiti yang sama. Result aku memanglah melepasi pass grade yang diperlukan untuk course tu, tapi masih berlambak orang yang apply untuk course tu, dan aku mungkin, bukan mungkin, tapi MEMANG dah terkeluar dari senarai dah pun.

Ni antara lukisan perspektif 1 titk yang aku hasilkan waktu matriks ari tu.
Pusing-pusing, ambik shortcut, sampailah aku kat sini. Hari ni, aku memakai kad ID Universiti Malaysia Pahang. Kad ID yang melayakkan aku untuk belajar dalam bidang Sains Komputer kat UMP ni. Kos yang pernah aku mintak untuk diploma, lepas SPM aritu. At least, dapatlah jugak kos yang aku minat. Kan?
Family aku pun banyak menyokong aku dalam bidang ni. Arwah maksu aku, merupakan seorang pelajar cemerlang dalam bidang IT dari Kolej PTPL. Wan pun, dah berhasrat untuk bagi modal permulaan untuk aku dan arwah maksu bina sebuah syarikat berkaitan IT suatu hari nanti, bila aku dah grad. Apakan daya, dah tersurat segalanya. Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segalanya.
Tapi tulah. Apa yang aku nak ceritakan kat sini, walaupun setelah pelbagai peristiwa yang sepatutnya mematangkan aku, aku STILL tak matang. Even FadzrulHisyam pun panggil aku "Budak separa matang".
Dari mana patut aku cari pengalaman?
Mungkin aku dah ditakdirkan untuk menetap di Pahang. Dapat tawaran universiti, semuanya kat Pahang. UiTM Jengka... Kolej Shahputra... Finally, aku kat Universiti Malaysia PAHANG... Kuang3...
Apapun, aku harap aku berjaya capai impian parents aku, sekaligus menjadi impian aku, dan pernah menjadi impian seseorang yang aku sayang. Alhamdulillah result aku dalam progress, dan aku kena doublekan lagi usaha aku.
Ya Allah, Semoga Nurul Azrinda berjaya dengan cemerlang. Amiin...
Tuesday, December 22, 2009
#92
Ada apa pada entri #92?
Hurm... takde idealah nak taip pasal apa. Someone, tolong bagi idea!
Mungkinkah aku terlalu banyak rahsia?
Hurm...
Sunday, December 20, 2009
No more shout, only tweet...
gotta move on to Twitter.com.
Here's mine:
Twitter.com/AdeqAbang
Enjoy!
Saturday, December 19, 2009
Friday, December 18, 2009
Sunday, December 6, 2009
Mata yang pura-pura
Arghh!!!
Hati ini saja yang benar.
Menunjukkan belangnya,
dan lukanya.
Yang masih berdarah.
Mengapa kamu tidak boleh synchronize dengan hati, wahai mata?
Kalau hati boleh dilihat,
boleh ditadah air matanya...
sedalam lautan.
Namun mata,
kamu pura-pura.
Kering sebelum sempat mengalir.
[Al-Fatihah...]
Saturday, December 5, 2009
How to delete files using Command Prompt
Well, here is some interesting way to delete your files; by using that thing we called Command Prompt. First of all, you must be a Windows user in order to use this technique.
1. To open Command Prompt, begin by clicking Start button. Go to All Programs, then click on Accessories. There you should be able to find Command Prompt. Or some other ways:
For Windows Vista:
Click Start, and type 'cmd' in the 'Start Search' box. Then press Enter right from your keyboard.
For Windows XP:
Click Start, then click Run. Simply type 'cmd' in the highlighted box, and then click 'Ok'.
Get it? Now, let's move on to the next step.
2. After you have opened the Command Prompt, leave it open. Then, open Task Manager. You can do this by pressing 'Ctrl', 'Alt', and 'Del' button at the same time until the Task Manager comes out.
You can also do this by typing 'TASKMGR.EXE' in the 'Start Search' box for Windows Vista, and in the Run dialog box for Windows XP.
Perhaps the fastest way should be right-clicking the Windows Taskbar. By right-clicking it, you should be able to find Task Manager in the menu that appears.
3. After you have done so, go to the Processes tab in your Task Manager. Find 'explorer.exe', and then click 'End Process'. This should close the GUI shell, and you won't see any desktop icons, the Windows Taskbar and the Start button. Leave Task Manager open.
4. Go back to the Command Prompt window. Change the directory to where the files you want to delete is located.
Use these commands below: [not sure if these are correctly used, but it works! Trust me, I've been using these since the first moment I got to know it...]
dir --> stands for Directory. It is to show the entire list of the stuff that's located in the current directory you are in.
cd\ --> to get to the most upper directory. Let's say in the Command Prompt, it appears to be C:\Users>. If you enter cd\, the next line in the Command Prompt should be C:\>.
cd.. or cd .. --> to move out one folder. Let's say the line is C:\Users\Document>. By entering cd.. or cd .., the next line should be C:\Users>.
cd [file_location] --> to go to a specific location in the drives. Let's say C:\Users\Document>. But you actually want to go to a folder that's located inside Documents. Just type in cd Songs. But, make sure that the 'Songs' folder does exist in the Documents.
[hard_disk_initial]: --> to change to another hard disk. Let's say the files you are going to delete is in another hard disk, for example in the E: drives. Simply type in E: after the '>' prompt.
del [filename] --> to FINALLY delete the files you intend to delete. Type del followed by the name of the file including the file extension, in the directory of the file. This does not apply to MANY files, only to ONE file at a time.
Yeah... this is NOT yet the end.
5. Go back to the Task Manager window. Go to 'Applications' tab, click on 'New Task...' button. Type in 'explorer.exe' in the highlighted box, and then click 'Ok' to restart the GUI shell that you closed earlier.
6. Close both Task Manager, and Command Prompt.
That's all! Hopefully this would help you somehow. Credits goes to those helpful online forumers and bloggers. Thank you very much! [and I'm just here to share, after spending such miserable days of frustration... unable to delete those damn mp4 files...]
There... You can finally enjoy your life with more free spaces in your hard disk drives. Yup! You have finally kicked out the UNdeleted (p/s: this is wrong English!) files from your hard disk drives!
p/s: By the time this was made, it's Windows Vista. Forgive me if something's not quite right when you're doing this using your own computer.
Monday, November 30, 2009
Konayuki By Remioromen
粉雪舞う季節はいつもすれ違い
konayuki mau kisetsu wa itsumo surechigai
人混みに紛れても同じ空見てるのに
hitogomi ni magiretemo onaji sora miteru noni
風に吹かれて 似たように凍えるのに
kaze ni fukarete nita you ni kogoeru noni
僕は君の全てなど知ってはいないだろう
boku wa kimi no subete nado shitte wa inai darou
それでも一億人から君を見つけたよ
soredemo ichioku nin kara kimi wo mitsuketa yo
根拠はないけど本気で思ってるんだ
konkyo wa nai kedo honki de omotterunda
些細な言い合いもなくて同じ時間を生きてなどいけない
sasai na iiai mo nakute onaji jikan wo ikite nado ikenai
素直になれないなら 喜びも悲しみも虚しいだけ
sunao ni narenai nara yorokobi mo kanashimi mo munashii dake
粉雪 ねえ 心まで白く染められたなら
konayuki nee kokoro made shiroku somerareta nara
二人の孤独を分け合う事が出来たのかい
futari no kodoku wo wakeau koto ga dekita no kai ?
僕は君の心に耳を押し当てて
boku wa kimi no kokoro ni mimi wo oshiatete
その声のする方へすっと深くまで
sono koe no suru hou he sutto fukaku made
下りてゆきたい そこでもう一度会おう
orite yukitai soko de mou ichido aou
分かり合いたいなんて 上辺を撫でていたのは僕の方
wakariaitai nante uwabe wo nadeteita no wa boku no hou
君のかじかんだ手も 握りしめることだけで繋がってたのに
kimi no kajikanda te mo nigirishimeru koto dake de tsunagatteta noni
粉雪 ねえ 永遠を前にあまりに脆く
konayuki nee eien wo mae ni amari ni moroku
ざらつくアスファルトの上シミになってゆくよ
zaratsuku asufaruto no ue shimi ni natteyuku yo
粉雪 ねえ 時に頼りなく心は揺れる
konayuki nee toki ni tayori naku kokoro wa yureru
それでも僕は君のこと守り続けたい
soredemo boku wa kimi no koto mamori tsuzuketai
粉雪 ねえ 心まで白く染められたなら
konayuki nee kokoro made shiroku somerareta nara
二人の孤独を包んで空にかえすから
futari no kodoku wo tsutsunde sora ni kaesu kara
~ Powdered Snow ~
We always pass by one another in the season
Where the powdered snow flutters
Even though i slip away into the crowd,
We're looking up at the same sky
We're freezing,
as though we were blown on by the same wind
I probably don't know
everything about you
yet out of one hundred million people,
I found you
I have no basis for this,
but it really is what i think
There are no fights that are trivial
We can't live together
at the same time
If we can't be ourselves
Then happiness and sadness are both
just lies
Powdered snow, hey, when you colored us white,
all the the way to my heart
Could we then
understand our loneliness
Pressing my ear
against your heart
I want to go down toward
the sound of your voice
until i get down that deep
let's meet up there again
i want us to understand
i was the one
who stroked the surface
even though we were
connected by
me holding your hand
that was numb with the cold
Powdered snow, hey,
you , in a way that is too fragile
turn eternity
into a stain on the rough asphalt up ahead
powdered snow, hey,
my unreliable heart wavers
and yet, i want
to keep protecting you
Powdered snow, hey, when you colored us white,
all the the way to my heart
you envelop our loneliness
and return it back to the sky
Evolusi Pakaian - Rupa Baru??
Dulu inilah rupa Evolusi Pakaian:

Sekarang:

Favicon untuk Evolusi Pakaian pun dah ditukar. Pakai logo UMP. Hehehe... Untuk view favicon ni, pakailah Mozilla Firefox.
Tapi, sekarang pun IE yang latest dah boleh view favicon ni. Orait ar tu...
Walaupun tak 100% sempurna, aku harap aku dapat update Evolusi Pakaian dari semasa ke semasa.
Motif??
Saja. Suka-suka. Hehehe... Cuti-cuti ni, tak ada apa nak buat... Lagipun sem depan (sem 4) kena ambik Web Scripting. So, bolehlah aku belajar sikit-sikit coding HTML ni. (argh... curiosity melanda diri... bila curiosity dah melanda diri, mulalah nak online 24 jam duk menghadap laptop. tongtangtongtang... boom! dapat gak tau erba-sedikit... p/s: ni adalah monolog semata-mata...)
Lain-lain yang ditukar:
Dulu:
Sekarang:
Dulu:
Sekarang:
Dulu tak ada, sekarang dah ada:
Amacam?? Orait tak??
Thursday, November 19, 2009
"Aku nak pergi jalan jauh..."
Aku sekarang dah kembali ke rumah. Semalam pun tak tidur kat rumah. Sampai2 je kat Kuala Terengganu dari Gambang, aku terus ke rumah Wan (nenek sebelah mama)...
Aik?? Apsal ade kanopi depan rumah Wan? Aku terfikir... Family aku nak buat kenduri apa ni? Tapi aku tak tanya lagi family aku. Aku terus masuk ke dalam rumah. Letih. Nak rehat jap. Masuk2, macam biasa, aku ke belakang rumah. Sedar tak sedar, aku cari siapa? Semua orang duk kat dapur kat luar rumah, sibuk memasak. Ada orang tempah untuk katering kot. Hurmm... aku pun keluarlah balik. Nampak tikar2 berhamparan atas lantai. Sah. Ada kenduri ni. Tapi kenduri apa? Untuk siapa? Takkanlah sempena menyambut aku balik dari u kot... So, aku tanyalah Ateh (mak saudara yang ke-6) yang kebetulan lalu di ruang tamu.
"Ateh, tikar2 ni nak buat apa?"
"Hurm... Tanya Wan. Ateh tak leh bagitau. Tak baik."
Aku pun ke dapur luar. Wan, Mama, Mak Lang, Tok Teh (nenek saudara)... semua berkumpul kat situ. Aku pun pergi mendapatkan wan memandangkan Mama dan Mak Lang sedang sibuk memasak.
"Wan, tikar2 dalam rumah tu nak wat pe?"
Saat itu Wan hanya memandang aku. Pandangannya beralih pula kepada mama.
"Dia tak tahu ke?"
"Tak tahu. Semalam dia (aku) exam."
Aku senyap. Hurm... Apsal ngan family aku ni? Family aku yang lain dah pandang semacam kat aku. Aku tengok kakak aku. Tersengih-sengih kat aku. Apa dah jadi ni? Apa yang family aku rahsiakan dari aku ni?
Aku masuk balik ke dalam rumah. Mesti ada something yang diorang tak nak bagitau aku. Terdengar pula perbualan kakak aku dengan Pak Lang.
"Dia tak tahu ke? Takkan tak perasan?"
Apa yang aku tak perasan? Mata aku melilau mencari seseorang. Bukan seorang malah dua. Malah tiga. Tapi mungkinlah "orang yang ketiga", si Iqram (anak ke-2 moksu), ada kat rumah belakang, rumah Mak Lang. Sebab Mak Lang pun dah selalu sangat jaga Iqram... baby montel yang tersangat comel... Tapi bila fikir-fikir balik, Mak Lang kat dapur luar, siapa jaga Iqram? Moksu (mak saudara yang bongsu) lah kot yang jaga, umi si Iqram. Kalau betullah Moksu kat belakang, mesti Iqmal (anak sulung moksu) pun ada jugak.
Tapi bila aku fikir secara detail, banyak sebab yang mengatakan anggapan aku salah. Tak mungkin moksu ada kat rumah belakang. Tambah pulak dengan reaksi family aku. Aku tertanya-tanya. Sampaikan aku terfikir benda-benda pelik, benda-benda negatif. Mungkinkah salah seorang family aku dah tak ada??? Siapa??? Moksu ke??? Iqmal ke??? Ataupun Iqram??? Astaghfirullahal azim... Tak baik aku fikir macam tu. Tapi kalau betullah... Dapat ke aku terima hakikat?
Pada siapa harus aku ajukan soalan itu???
Memandangkan semua sedang sibuk dan hanya kakak aku saja yang kelihatan tak ada kerja sangat nak buat, jadi aku ajaklah balik ke rumah. Dalam kereta, aku buat keputusan untuk tanya kakak aku.
"Kenapa? Nak buat apa sebenarnya dengan tikar2 tu?"
"Tak ada apa-apalah. Buat tahlil. Kenduri untuk Che (moyang)..."
Aku diam. Aku hanya memandang wajah kakak aku yang sedang memandu.
"Ke ada siapa-siapa yang meninggal?"
Dia diam. Nampak sedikit gelabah. Sah. Aku dapat agak.
Malamnya pula aku dan kakak aku kembali ke rumah Wan. Muncul pula family2 jauh kat rumah tu. Diorang dah pandang semacam kat aku. Tak boleh jadi ni. Apa sebenarnya yang diorang tahu yang aku tak tahu?
Aku duduk berseorangan kat ruang tamu. Datang pula si kecil yang aku panggil Debab, sepupuku. Aku pun saja-sajalah tanya si Debab tu.
"Bab, moksu mana?"
"Moksu mati."
Aku kelu. Betul ke? Mungkinlah cakap budak2 kita tak boleh terima sangat kan??
"Habis tu, tikar2 ni nak wat apa?"
"Ratib laa..."
Sahih. Aku pasti. Anggapan aku betul. 88%.
"Bab, Iqmal mana?"
"Iqmal tak ada jugak. Mati."
Innalillah... Kalau betullah apa yang Debab cakapkan. Aku perhati keadaan sekeliling. Tak sekemas biasa. Biasanya kalau ada kenduri kat rumah wan, dah tentu Maksu akan kemaskan rumah. Karpet akan tersusun rapi. Tapi kali ni tidak. Kalau petang tadi, karpet macam tu, malam ni, karpet masih lagi macam tu. Lagipun, kalau tak kemas pun, mainan akan penuh berselerak kat atas lantai. Ya Allah, betul ke apa yang aku fikirkan ni?
Aku pun ke luar rumah. Berjalan menuju ke dapur luar. Family aku yang lain dah pandang semacam kat aku. Dari jauh aku terdengar perbualan mereka.
"Tak tahu ke?"
"Tak. Kalau tahu, menangislah dia (aku) nanti."
Kenapa? Apa semua ni? Apa yang diorang nak sembunyikan dari aku?
Aku pun masuk balik ke dalam rumah. Itu sajalah yang aku lakukan sejak petang tadi. Berulang-alik dari ruang tamu ke dapur luar. Sebelum sempat aku masuk, kelihatan kakak aku sedang berdiri kat depan pintu. Wan pula kat sebelah, tengah duduk.
"Wan, nak bagitau ke?"
"Nana (kakak aku) lah bagitau. Wan tak sanggup."
Apa ni? Aku terus berjalan masuk ke ruang tamu tanpa sejenak pun aku berhenti. Aku duduk di atas sofa. Kemudian, masuklah kakak aku yang seorang tu.
"Dah tahu belum?"
"Tahu dah..."
"Mana tahu?"
Aku hanya menunjuk ke arah Debab. Lalu kakak aku duduk di sebelah aku.
"Moksu tak ada dah..."
Aku diam. Aku pandang je wajah kakak aku.
"Bila? Kat mana?"
"Dengan Iqmal."
"Bila? Kat mana?"
"Minggu lepas. Kat Bukit Bayas."
Aku terkejut. Terdetik di hati aku. Sampai hati tak cakap kat aku. Buat aku macam orang bodoh.
"Eksiden. Moksu nak pergi beli susu. Iqmal meninggal kat hospital, hari kejadian. Moksu koma 4 hari. Sabtu baru ni baru meninggal."
Innalillah... Aku hanya diam. Mataku melilau ke seluruh pelusuk rumah.
"Kau tak nangis ke?" soal kakak aku. "Aku dengar pun aku nangis. Aku cerita kat kau pun aku dah sebak ni."
Aku hanya diam. Kakak aku kemudiannya keluar. Aku bingung. Sedar tak sedar, aku menangis. Aku cuba tahan. Aku cuba tabahkan hati. Kemudian, masuklah Wan ke dalam rumah, melihat wajah aku yang sedang tunduk mengesat air mata. Tanpa berkata apa-apa Wan duduk di sebelah aku. Wan turut menangis.
"Sabarlah. Nak buat macam mana... Allah lebih sayangkan dia. Wan sayang dia pun, Allah lagi sayang dia. Nak buat macam mana... Dua sekaligus Allah ambil. Masa Yu (aku) telefon aritu, Yu cakap esok exam. Wan tak cakap apa-apalah. Wan cakap buat elok-elok exam tu. Wan tak bagitau sebab Wan tahu Yu nak exam. Kalau Wan bagitau, Yu tak dapat nak jawab exam esoknya."
Aku terus menerus mengesat air mata. Ada baiknya aku tak ceritakan pada family aku yang aku kemalangan di Kuantan sehari sebelum aku pulang ke Kuala Terengganu. Kemalangan yang tak seberapa tapi masih lagi terasa impak di bahagian perut aku akibat auto-lock seatbelt. (Tak apalah Fiq, pengalaman... Aku tak salahkan kau. Aku tak marah pun. Kau jangan rasa bersalah. Aku pun harap kau segera sembuh dari trauma. Tabahkan hati. Mende nak jadi. Dah tertulis pun dalam Luh Mahfuz.)
Arwah Iqmal pun pernah bagitau Wan sebelum kemalangan. Katanya nak ikut ke Kuantan. "Aku (Iqmal) nak ikut jugak. Aku nak gi Kuantan, ambil Kak Nurul (aku)..."
Nampaknya arwah tak sempat nak jumpa aku. Semalam merupakan hari terakhir kenduri arwah. Syukurlah aku sempat menghadiri kenduri arwah. Tapi aku tak sempat nak jumpa arwah sendiri. Terbayang di mata ni, arwah bermain mainan berselerakan kat ruang tamu. Kadang-kadang arwah nakal, sampaikan aku sakit hati. Tapi yelah, budak-budak... Buat apalah kita nak berkira.
Bagaimana kemalangan tu aku pun tak tahulah. Tak sempat nak tanya family aku. Dengar kata, teruk. Sampaikan kakak aku tak berani nak lalu kawasan kemalangan tu. Walaupun dia tak ada kat situ, tapi dia boleh bayangkan. Macam mana pulak sepupu aku yang sempat tiba sejurus selepas kemalangan tu? Lagilah trauma. Aki pun dah tiga hari tak bersuara mengenangkan anak bongsu yang disayangi dah tiada. Kelmarin baru Aki dapat bersuara.
Aku pun terkilan jugak. Aku tak sempat nak jumpa Moksu. Kali terakhir jumpa, sewaktu hari raya aidilfitri, sebelum kembali ke UMP. Selama ni, aku selalu ber-YM dengan Moksu. Tiba-tiba, dah tiada. Selalunya bila aku on YM, terus je dapat BUZZ dari Moksu. Selalu arwah tanyakan keadaan aku di UMP. Nampaknya, hari-hari aku nanti akan sunyi tanpa BUZZ dari Moksu. Hari-hari aku akan sunyi tanpa Moksu.
Malamnya selepas selesai tahlil, aku, mama, kakak aku, dan sepupu-sepupuku tidur di rumah Wan, buat peneman Wan dan Aki. Tapi tak risau sangatlah. Sebab ada Anyoh (mak saudara yang ke-2) kat sebelah rumah... Ada Mak Lang kat rumah belakang... Nanti ada Ayah Su (abang kepada Maksu) pulak kat rumah sebelah.
Biasanya rumah tu tak sunyi dengan adanya gelak tawa arwah Iqmal. Mengamuk nakkan sesuatu. Arwah yang manja dengan Wan sangat sukakan jagung rebus. Semalam Paksu (suami Maksu) belikan jagung rebus dalam perjalanan pulang dari Kuantan untuk mengambil aku. Agaknya Paksu dah biasa sangat belikan jagung rebus untuk arwah. Melihatkan ada jagung lebih kat atas meja semalam, Wan ambil satu.
"Ni Iqmal suka ni. Dah tak ada dah... Takpelah, ni Wan makan untuk Iqmal ye..."
Sayu hati aku mendengar kata-kata Wan. Kesian wan. Selalunya pergi jalan-jalan mana-mana mesti bawak Iqmal. Beberapa hari sebelum kejadian, Wan sempat bawa arwah ke rumah aku. Katanya, nakkan congkak DIY yang dalam bilik aku. Tapi, mama cakap congkak tu Kak Nurul (aku) punya, nanti Kak Nurul balik nak main... Jadi, Wan pun turutkan permintaan arwah, belikan congkak kayu untuk arwah. Hari tu sebelum kejadian. arwah Iqmal memberitahu semua orang... katanya nak pergi jalan jauh. Bila ditanya nak pergi jalan jauh ke mana, katanya nak pergi jalan jauh laa... Akhirnya petang tu Wan bawak Iqmal pergi jalan-jalan naik kereta dari Kuala Terengganu sampai ke Marang. Tapi malamnya... Sekarang dah pergi jauh benar...
Moksu pula, petang tu, katanya letih. Nak tidur. Nak tidur lama sikit. Alih-alih sekarang dah tidur buat selama-lamanya.
Sekarang dah tiada buat selama-lamanya. Terbayang wajah anak kedua moksu, Iqram yang masih kecil yang tak tahu apa-apa. Yang hanya tahu menangis apabila tak dapat apa yang diinginkan, dan hanya bergelak ketawa apabila ada orang mengagah.
Moksu, Yu akan sayang Iqram sebagaimana Moksu sayang Iqram.
Sedih tu masih terasa kat hati ini. Di saat aku menaip ini untuk berkongsi dengan kalian, air mata mengalir dari mata ni.
Aku mohon kalian sedekahkan Al-Fatihah buat Moksu tersayang dan anak beliau Iqmal.
(Photo has been removed by author)
Shamimi Rusydiah Binti Mohd Khalid
1hb Julai 1985 - 14hb November 2009
&
Muhammad Iqmal Safuan bin Siddiq
16hb November 2005 - 11hb November 2009
~Jumpa di sana nanti...~
Bila aku sudah tiada
Simpan semua lagu ku
Jangan ditangis selalu
Mungkin itu sementara
Bila jumpa pengganti ku
jangan di lupakan aku






